ANAK-ANAKKU

Tuesday 28 June 2011

RALLY DESA 2011

Program : Rally Desa 2011

Tarikh : 20 Januari 2011

Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering

Rally Desa peringkat Sekolah Menengah Kebangssan Seri Nering adalah salah satu acara yang dijalankan setiap tahun di sekolah ini. Ia adalah bertujuan untuk melahirkan murid yang sihat dari segi jasmani dan rohani. Namun begitu, Program Pendidikan Khas Integrasi tidak terkecuali dari mengikuti acara yang di anjurkan oleh pihak sekolah. Secara tidak langsung aktiviti Rally Desa ini dapat merapatkan jurang antara murid normal dan murid PPKI. Selain itu, pembabitan murid ppki dalam Rally Desa akan dapat menyerlahkan bakat-bakat terpendam dikalangan murid ppki. Semasa acara Rally Desa diadakan beberapa orang murid dari PPKI diletakkan bersama dengan murid di arus perdana kerana tahap fizikal murid yang dirasakan sesuai. Tanpa disangka murid ini juga mampu mendapat tempat walaupun bersaing dengan murid di arus perdana. Keseronokkan murid PPKI dapat dilihat melalui riak wajah setiap murid apabila dapat berlari bersama-sama dengan murid lain di arus perdana. Murid yang mendapat tempat pertama sehingga ke-15 diberikan hadiah. Hadiah disampaikan oleh Puan Pengetua SMK seri Nering iaitu Puan Hjh Tuan Fauziah bt Tuan Muda. Walaupun keletihan murid PPKI tetap tersenyum riang dan gembira dengan menyertai acara Rally Desa pada hari tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.

Jom kita layan gambar dibawah..

Pelajar berkumpul di depan foyer sebelum acara bermula

Ustaz Radzi membantu pelajar melakukan aktiviti senaman sebelum acara dimulakan

Acara Rally akan dimulakan...pelajar mengambil tempat...

Larian bermula...

Lari jangan x lari pesan Cikgu Noria pada anak muridnyer...





Syabas dan Tahniah diucapkan kepada para pemenang...

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2011



Perkara : Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011

Tarikh : 19 Januari 2011

Tempat : Dewan Munsyi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering

Pada 19 Januari 2011 (Rabu) yang lalu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering serta Projek Kecemerlangan Akademik Sekolah serta mewakili Program Pendidikan Khas Integrasi program telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik yang bertempat di Dewan Munsyi Sekolah. Salah seorang pelajar pendidikan khas telah menerima Anugerah Khas kerana mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2010. Beliau adalah Azrul Haizaq bin Ariffin. Pemilihan adik Azrul Haizaq sebagai salah seorang murid cemerlang adalah kerana beliau mencapai keputusan Peperiksaan PMR yang amat membanggakan iaitu 1A 3B. Sijil Penghargaan dan Sumbangan dari pihak sekolah di berikan kepada murid yang terlibat. Anugerah ini disampaikan oleh Yang Di Pertua PIBG Sekolah iaitu En. Baharom. Kejayaan beliau diharap akan menjadi contoh kepada murid lain yang bakal mengambil peperiksaan pada tahun ini. Syabas dan Tahniah diucapkan...

Gambar sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik...

Para pelajar mengambil tempat di dalam Dewan Munsyi

Pelajar perempuan tidak ketinggalan mengambil tempat di dewan

Adik Azrul Haizaq turut mengambil tempat di dewan

Adik Azrul Haizaq menerima hadiah sambil ditemani oleh ayah tersayang...tahniah diucapkan...

SELAMAT DATANG KE PPKI SMK SERI NERING


Assalamualaikum...

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Nering merupakan sebuah Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran terawal di daerah Besut. Di buka pada tahun 1998.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...