ANAK-ANAKKU

Saturday 27 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Selamat Hari Raya Aidilfitri...Hati2 di jalan raya...Semoga sambutan Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kesederhanaan dan semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya...

Monday 22 August 2011

KUIZ RAMADHAN



Perkara : Kuiz Ramadhan

Tarikh : 23 Ogos 2011

Tempat : Blok PPKI SMK Seri Nering

Sebelum sesi Pengajaran dan Pembelajaran dimulakan pagi tadi murid-murid telah di agihkan kepada beberapa kumpulan untuk sesi Kuiz Ramadhan bersama dengan Ustaz Wan Mohd Radzi..Kuiz Ramadhan diadakan bagi melihat sejauhmanakah murid-murid memahami ilmu berkenaan Berpuasa di Bulan Ramadhan dan juga daya ingatan murid selepas mengikuti Bengkel Pra Ibadah Puasa yang telah dijalankan sebelum tibanya Bulan Ramadhan baru-baru ini..Pelbagai gelagat dan jawapan dari murid-murid tadi..sungguh seronok dan teruja anak-anakku sewaktu sesi kuiz ramadhan dijalankan sebentar tadi..semoga para pelajar mendapat input yang berguna daripada kuiz tadi..

Klik2 sepanjang Kuiz Ramadhan berlansung..Jom Layan...


Tuesday 16 August 2011

NUZUL AL-QURAN




Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

(Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nuzul_Quran)

Sunday 14 August 2011

TAZKIRAH RAMADHAN


Perkara : Tazkirah Ramadhan

Tarikh : 14 Ogos 2011

Sebelum masuk waktu solat zohor, pelajar-pelajar telah diberi tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Wan Mohd Radzi..Banyak ilmu yang telah dapat dipelajari oleh pelajar-pelajar..turut diadakan sesi soal jawab semasa sesi tazkirah Ramadhan dijalankan..semoga anak-anakku mendapat banyak ilmu dan informasi berguna dari tazkirah itu tadi..Semoga anak-anakku menjadi insan yang berguna didunia dan juga diakhirat..Amin...

Klik2 sepanjang sesi tazkirah itu tadi..


Khusyuk betul anak-anakku mendengar tazkirah oleh Ustaz Wan Mohd Radzi..

COLOURING TIME!!!!!!


Perkara : Colouring Time

Tarikh : 14 Ogos 2011

Tempat : PPKI SMK Seri Nering

Tema : Hari Kemerdekaan

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54, kami warga PPKI telah mengadakan Colouring Time..sungguh seronok anak-anak kami mewarna gambar bendera Malaysia dan ianya akan digantung disepanjang blok PPKI sempena Hari Kemerdekaan Ke-54 nanti..Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera..

Jom kawan-kawan kita layan gambar di bawah ini....








Monday 1 August 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR BUAT ANAK-ANAKKU


Selamat menduduki peperiksaan percubaan PMR buat anak-anakku..Cikgu berharap semoga Adik Azuan dan Adik Alif berjaya menjawab soalan dengan jayanya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...