Saturday, 27 August 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Selamat Hari Raya Aidilfitri...Hati2 di jalan raya...Semoga sambutan Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kesederhanaan dan semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya...
Monday, 22 August 2011
KUIZ RAMADHAN
Perkara : Kuiz Ramadhan
Tarikh : 23 Ogos 2011
Tempat : Blok PPKI SMK Seri Nering
Sebelum sesi Pengajaran dan Pembelajaran dimulakan pagi tadi murid-murid telah di agihkan kepada beberapa kumpulan untuk sesi Kuiz Ramadhan bersama dengan Ustaz Wan Mohd Radzi..Kuiz Ramadhan diadakan bagi melihat sejauhmanakah murid-murid memahami ilmu berkenaan Berpuasa di Bulan Ramadhan dan juga daya ingatan murid selepas mengikuti Bengkel Pra Ibadah Puasa yang telah dijalankan sebelum tibanya Bulan Ramadhan baru-baru ini..Pelbagai gelagat dan jawapan dari murid-murid tadi..sungguh seronok dan teruja anak-anakku sewaktu sesi kuiz ramadhan dijalankan sebentar tadi..semoga para pelajar mendapat input yang berguna daripada kuiz tadi..
Klik2 sepanjang Kuiz Ramadhan berlansung..Jom Layan...
Tuesday, 16 August 2011
NUZUL AL-QURAN
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
(Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nuzul_Quran)
Sunday, 14 August 2011
TAZKIRAH RAMADHAN
Perkara : Tazkirah Ramadhan
Tarikh : 14 Ogos 2011
Sebelum masuk waktu solat zohor, pelajar-pelajar telah diberi tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Wan Mohd Radzi..Banyak ilmu yang telah dapat dipelajari oleh pelajar-pelajar..turut diadakan sesi soal jawab semasa sesi tazkirah Ramadhan dijalankan..semoga anak-anakku mendapat banyak ilmu dan informasi berguna dari tazkirah itu tadi..Semoga anak-anakku menjadi insan yang berguna didunia dan juga diakhirat..Amin...
Klik2 sepanjang sesi tazkirah itu tadi..
Khusyuk betul anak-anakku mendengar tazkirah oleh Ustaz Wan Mohd Radzi..
COLOURING TIME!!!!!!
Perkara : Colouring Time
Tarikh : 14 Ogos 2011
Tempat : PPKI SMK Seri Nering
Tema : Hari Kemerdekaan
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54, kami warga PPKI telah mengadakan Colouring Time..sungguh seronok anak-anak kami mewarna gambar bendera Malaysia dan ianya akan digantung disepanjang blok PPKI sempena Hari Kemerdekaan Ke-54 nanti..Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera..
Jom kawan-kawan kita layan gambar di bawah ini....
Monday, 1 August 2011
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR BUAT ANAK-ANAKKU
Selamat menduduki peperiksaan percubaan PMR buat anak-anakku..Cikgu berharap semoga Adik Azuan dan Adik Alif berjaya menjawab soalan dengan jayanya..
Sunday, 31 July 2011
Thursday, 28 July 2011
BENGKEL PRA IBADAH PUASA
Perkara : Bengkel Pra Ibadah Puasa
Tarikh : 28 Julai 2011
Tempat : PPKI SMK Seri Nering
Pada hari ini, bertempat di Blok PPKI telah dijalankan satu bengkel iaitu Bengkel Pra Ibadah Puasa. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel ini berlangsung adalah sesi ceramah berkenaan Bulan Ramadhan, bengkel bacaan niat berpuasa dan pelajar juga turut didedahkan dengan ilmu tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, sunat bulan puasa dan kelebihan bulan Ramadhan. Ceramah ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Radzi. Seterusnya, pelajar telah dibahagikan kepada empat kumpulan untuk sesi LDK (Latihan dalam kumpulan). Ribuan ucapan terima kasih kepada Puan Pengetua serta kepada guru yang hadir ke majlis tersebut. Tahniah dan syabas buat warga PPKI SMK Seri Nering kerana menjayakan Kem Pra Ibadah Puasa pada kali ini. Semoga kem seperti ini dapat diteruskan setiap kali tibanya Bulan Ramadhan..Chaiyooookkkk...
Antara klik2 menarik sepanjang bengkel dijalankan..jom kita layannnn...
Pelajar khusyuk mendengar ceramah berkenaan ibadah puasa..
Seronok betul anak-anak cikgu sepanjang sesi Latihan Dalam Kumpulan..
Pelajar kelas 2 khusyuk mendengar sesi LDK oleh Cikgu Fiza..
Khusyuknya anak-anak cikgu menghafal bacaan niat puasa..
LDK kelas 3 tidak kurang hebatnya..Syabas Cikgu Za kita..
Inilah Chef2 kita didapur...Thank semua...sedap gitu...
Inilah ketua Chef kiter..Tidak lain PK kiter Cikgu Shamsiah..
Chef Noria kiter tidak kurang hebatnye..thank kak..sedap sangat popia tadi...
Sesi menghidangkan makanan untuk anak-anak tersayang...
Sedapnyeeeeee...
Smileeeeeeeeeeee...
Chef Ijah kiter tengah wat per tuu...
Chef Na..Thank Kak Na...
Terima kasih Puan Pengetua di atas kesudian ke majlis kami..
Jemput makan semua...
Time 2 tapau (bungkus)..
Rajin tul anak-anak cikgu ni..Terima kasih anak-anakku..
Wednesday, 27 July 2011
RUMAHKU......
Halaman PPKI SMK Seri Nering
Kafe PPKI..Jemput makan..
Sudut berinformasi..baca jangan x baca..
Sudut Pengurusan Diri
Jaga diri hiasi peribadi..
Hasil kraftangan pelajar
Kafe PPKI..Jemput makan..
Sudut berinformasi..baca jangan x baca..
Sudut Pengurusan Diri
Jaga diri hiasi peribadi..
Hasil kraftangan pelajar
SELAMAT DATANG KE TAMAN SINGGAH SANA
Perkara : Aktiviti Perkebunan
Tarikh : 27 Julai 2011
Tempat : Taman Singgah Sana PPKI SMK Seri Nering
Bangun pagi gosok gigi
Cuci mata dan mandi
Makan roti minum milo
Pergi sekolah setiap hari
Pagi ini anak-anakku sibuk sekali dengan aktiviti berkebun dan bergotong-royong membersihkan tapak tanaman jagung dan tanaman pisang di Taman Singgah Sana hasil kreatif dan sumbangan Abang2 praktikal...Thank u dari kami..Ada yang sedang mencangkul, mengunting pokok, membaja dan ada juga yang tengah menyiram pokok... Lihatlah hasil tanaman anak-anakku...
Jom kita terbang ke sana...
Taman Singgah Sana
Adik Loo Kai Ho tengah buat pe tu..
Inilah anak-anak jagung kami..I like...
Adik Athirah tengah buat per...teruskan anakku...
Ini la Pak Katak..Penghuni Taman Singgah Sana kami...
Tanaman pisang anak-anakku..membesar sudah..Bersyukur ke atas rezeki yang diberi..
Anak-anakku...dari kiri adik Saiful n adik Salam..teruskan usaha anak-anakku..
Inilah Anakku adik Edi..besar sudah anakku..
Walaupun keletihan sempat lagi anak-anakku ini berposing..Dari kiri Izzat, Amirul, Saiful dan Haziq..
Pokok pisang anakku Mizi..
Ijah dan Cgu Fiza...
Posing jangan x posing..Dari kiri adik Jehan, Cikgu Shamsiah dan adik Athirah..
Walaupun keletihan tetap memberikan pose yang istimewa..Dari kiri adik Jehan, Cikgu Noria dan adik Athirah...Always smile...
Macam-macam ragam anakku ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)











