ANAK-ANAKKU

Thursday 28 July 2011

BENGKEL PRA IBADAH PUASA


Perkara : Bengkel Pra Ibadah Puasa

Tarikh : 28 Julai 2011

Tempat : PPKI SMK Seri Nering

Pada hari ini, bertempat di Blok PPKI telah dijalankan satu bengkel iaitu Bengkel Pra Ibadah Puasa. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel ini berlangsung adalah sesi ceramah berkenaan Bulan Ramadhan, bengkel bacaan niat berpuasa dan pelajar juga turut didedahkan dengan ilmu tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, sunat bulan puasa dan kelebihan bulan Ramadhan. Ceramah ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Radzi. Seterusnya, pelajar telah dibahagikan kepada empat kumpulan untuk sesi LDK (Latihan dalam kumpulan). Ribuan ucapan terima kasih kepada Puan Pengetua serta kepada guru yang hadir ke majlis tersebut. Tahniah dan syabas buat warga PPKI SMK Seri Nering kerana menjayakan Kem Pra Ibadah Puasa pada kali ini. Semoga kem seperti ini dapat diteruskan setiap kali tibanya Bulan Ramadhan..Chaiyooookkkk...

Antara klik2 menarik sepanjang bengkel dijalankan..jom kita layannnn...

Pelajar khusyuk mendengar ceramah berkenaan ibadah puasa..

Seronok betul anak-anak cikgu sepanjang sesi Latihan Dalam Kumpulan..

Pelajar kelas 2 khusyuk mendengar sesi LDK oleh Cikgu Fiza..

Khusyuknya anak-anak cikgu menghafal bacaan niat puasa..

LDK kelas 3 tidak kurang hebatnya..Syabas Cikgu Za kita..

Inilah Chef2 kita didapur...Thank semua...sedap gitu...

Inilah ketua Chef kiter..Tidak lain PK kiter Cikgu Shamsiah..

Chef Noria kiter tidak kurang hebatnye..thank kak..sedap sangat popia tadi...

Sesi menghidangkan makanan untuk anak-anak tersayang...

Sedapnyeeeeee...

Smileeeeeeeeeeee...

Chef Ijah kiter tengah wat per tuu...

Chef Na..Thank Kak Na...

Terima kasih Puan Pengetua di atas kesudian ke majlis kami..

Jemput makan semua...

Time 2 tapau (bungkus)..

Rajin tul anak-anak cikgu ni..Terima kasih anak-anakku..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...