ANAK-ANAKKU

Wednesday 20 July 2011

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH BESUT 2011

_Gambar ini diambil dari FB ppki Besut Terengganu_

Perkara : Kejohanan Padang dan Balapan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Besut 2011

Tarikh : 14 Julai 2011

Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah

Sebelum memulakan bicara dan menaip patah demi patah izinkan saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Daerah Besut pada 14 Julai 2011 (Khamis) yang lalu. Kejohanan yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. Warga pendidikan khas SMK Seri Nering tidak terlepas peluang dari menyertai kejohanan tersebut. Kontijen SMK Seri Nering telah dianggotai seramai 6 orang guru, 2 orang PPM dan 9 orang pelajar. Antara acara yang dipertandingkan pada kejohanan tersebut adalah 100m, 200m, 400m, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera dan merejam lembing. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Besut iaitu Tn. Haji Baharuddin bin Ibrahim.

Dalam kejohanan tersebut Kontijen dari PPKI SMK Seri Nering telah merangkul sebanyak 1 pingat emas, 3 pingat perak dan 4 pingat gangsa pada kejohanan tersebut.

Tahniah kepada pemenang-pemenang dan sekalung ucapan terima kasih kepada warga pendidik SMK Seri nering yang tidak berputus-asa dalam melatih anak-anak istimewa ini. Harapan cikgu semoga anak-anak cikgu menjadi anak yang terbaik di dunia dan juga di akhirat kelak..Menang dan kalah adalah adat resam pertandingan...Pe2pun kita cuba lagi di tahun hadapan. Chaiyooookkkk...

Jom lihat laporan bergambar di bawah..


Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Mohd Azuan Mahadi kerana telah menharumkan nama PPKI SMK Seri Nering kerana telah memenangi pingat emas dalam acara Lompat Tinggi dengan ketinggian 1.51 meter..

Suasana dipadang sekolah..ramainya orang..

Trek larian...

Adik Alif dengan gayanya yang tersendiri..Syabas anakku..

Lontar jauh2 ya anakku..Adik Khalidah dengan gayanya..

Tahniah anakku kerana mendapat pingat perak...Adik Sulaika dengan acara lompat tinggi..

Syabas Adik Faridzuan kerana mendapat pingat gangsa dalam acara merejam lembing

Smileeeeeee Adik Jehan..

Minum Milo badan jadi sihat dan kuat...betul x Alif?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...