ANAK-ANAKKU

Saturday 2 July 2011

PROGRAM HIDROTERAPI PENDIDIKAN KHAS DAERAH BESUT 2011

Program : Program Hidroterapi Pendidikan Khas Daerah Besut 2011

Tarikh : 28 Jun 2011

Tempat : Sekitar di Medan Menara Jabatan Pertahanan Awam, Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu

Pada 28 Jun 2011 (Selasa), Program Hidroterapi Pendidikan Khas Daerah Besut 2011 telah dijalankan di Pantai Bukit Keluang. Banyak aktiviti yang telah dijalankan. Pelajar PPKI dari SMK Seri Nering tidak terlepas dari mengikuti program yang telah dianjurkan oleh PPD Besut. Terdapat 4 pengisian yang telah diikuti oleh semua pelajar semasa program dijalankan. Aktiviti yang telah dijalankan adalah aktiviti latihan fokus yang mana setiap sekolah perlulah menghantar 5 orang pelajar untuk melontar uncang ke dalam bakul yang telah disediakan. Terdapat 3 bakul yang mana jaraknya berlainan diantara satu sama lain iaitu 5 kaki, 7 kaki dan 10 kaki. Selain itu, pelajar juga terlibat dengan aktivti hidroterapi, terapi pasir dan interaksi dengan alam sekitar. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi dapat digunakan oleh semua pelajar dalam menjalani kehidupan seharian..


Sedikit info aktiviti hidroterapi untuk tatapan semua pengunjung..

1. Imbangan badan dalam air
2. Gerakan kaki dalam kondisi sambil terlentang dan baring
3. Gerakan tangan dalam kondisi terlentang dan baring
4. Gerakan serentak kaki dan tangan dalam kondisi terlentang dan baring
5. Apungan badan di air
6. Kuak dada
7. Kuak lentang
8. Pembentukan formasi yang pelbagai

Gambar sepanjang program dijalankan...jom selongkar...


Sesi memanaskan badan...berpeluh2...yang penting kita sihat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...