
ANAK-ANAKKU
Saturday, 2 July 2011
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH BESUT 2011
Perkara : Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Besut 2011
Tarikh : 23 Jun 2011
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering
Pada 23 Jun 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering telah menjadi Tuan Rumah bagi Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Daerah Besut. Terdapat lima acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan, Bercerita, Azan dan Seni Khat. Majlis bermula dengan pendaftaran peserta dari seluruh warga PPKI Daerah Besut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Radzi dan seterusnya taklimat berkenaan aturcara majlis. Majlis telah dirasmikan oleh Puan Pengetua SMK Seri Nering iaitu YM Puan Hajah Tuan Fauziah binti Tuan Muda. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Puan Pengetua SMK Seri Nering...
Gambar-gambar sepanjang majlis MTQ...jom layannn...
Para peserta mengambil tempat di Dewan
Ustaz Rukmin Md. Rashid memberikan taklimat berkenaan aturcara majlis kepada semua guru dan peserta MTQ..terima kasih diucapkan..
Acara Seni Khat
Acara Hafazan
Peserta acara bercerita kategori masalah pendengaran
Penuh bersemangat dan penghayatan ketika bercerita..
Guru dan pelajar berkumpul di dewan sebelum acara penyampaian hadiah dijalankan
Johan Tilawah Al-Quran dan Azan Kategori Junior...Syabas Adik Arif...
Syabas Adik Azuan kerana telah mendapat tempat ketiga bagi acara Tilawah Al-Quran
Adik Khalidah telah mendapat tempat kedua bagi acara Tilawah Al-Quran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment