ANAK-ANAKKU

Wednesday 20 July 2011

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN (15 JULAI 2011)


Pada 28 Jun 2011 (Selasa), Program Hidroterapi Pendidikan Khas Daerah Besut 2011 telah dijalankan di Pantai Bukit Keluang. Banyak aktiviti yang telah dijalankan. Pelajar PPKI dari SMK Seri Nering tidak terlepas dari mengikuti program yang telah dianjurkan oleh PPD Besut. Terdapat 4 pengisian yang telah diikuti oleh semua pelajar semasa program dijalankan. Aktiviti yang telah dijalankan adalah aktiviti latihan fokus, aktivti hidroterapi, terapi pasir dan interaksi dengan alam sekitar. Ucapan jutaan terima kasih kepada Pihak Sinar Harian kerana telah membuat liputan berkenaan program ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...