ANAK-ANAKKU

Wednesday 20 July 2011

KARNIVAL PENDIDIKAN SMK SERI NERING 2011

Perkara : Karnival Pendidikan SMK Seri Nering 2011

Tarikh : 18 dan 19 Julai 2011

Tempat : SMK Seri Nering

Pada 18 dan 19 Julai 2011 (Selasa dan Rabu), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering telah mencatat satu lagi kejutan di mana buat julung-julung kalinya menganjurkan satu program iaitu Karnival Pendidikan 2011. Upacara dimulakan dengan ucapan oleh Puan Pengetua SMK Seri Nering iaitu YM Puan Hajah Tuan Fauziah Tuan Muda. Upacara melepaskan belon telah dilakukan oleh Puan Pengetua sebagai simbolik perasmian. Syabas dan Tahniah diucapkan buat warga SMK Seri Nering.

Karnival Pendidikan ini dijalankan bagi mengeratkan hubungan antara guru, staf sokongan, murid-murid, ibu bapa serta masyarakat setempat. Karnival Pendidikan ini turut membuka peluang kepada para pelajar untuk menunjukkan bakat keusahawanan iaitu dengan membuka gerai jualan. Warga PPKI SMK Sering juga tidak melepaskan peluang membuka gerai jualan yang menjual barang-barang kraftangan seperti bunga tulip dan bunga net. Kami juga turut menjual ayam goreng istimewa, keropok, aiskrim malaysia dan kerepek. Pada hari kedua kami menjual Nasi air dan juga bihun sup yang mana ianya laris dipasaran dan pastinya sedap.

Karnival Pendidikan juga memberi peluang kepada wakil jualan dari luar untuk mempromosikan barangan. Antaranya ialah Agromas, Produa, Maxis, Butik ALIASARA dan Telekom dan Pihak KPDM. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada pihak JPA3 dan badan-badan lain yang terlibat secara langsung dan juga secara tidak langsung. Syabas dan tahniah diucapkan.

Gambar di bawah merupakan klik-klik kenangan yang dapat dikongsi bersama sepanjang program tersebut berlangsung....jom layan!.

Antara barangan yang dijual di gerai jualan PPKI SMK Seri Nering

Suasana di gerai jualan PPKI..Chaiyoookkk n teruskan usaha..

Khusyuknyer Cgu fiza, Cgu linda n Cgu Za melayan pelajar yang ingin membeli..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...